Wednesday 29 February 2012

Langkah Keselamatan 4M


Membersih
  • Supaya bengkel bersih, kemas, selesa dan selamat.
  • Menitikberatkan kebersihan diri dan mental.
  • Berpakaian kemas, kuku dan rambut yang pendek-Kebersihan mental adalah berfikir positif dan bertanggungjawab dengan tugas yang diberi.
  • Dalam kerja pembersihan terdapat dua mesin yang digunakan iaitu:
    1. Mesin Penyedut Hampagas (jenis kering dan basah). Jenis kering digunakan untuk menyedut kotoran kering. Manakala jenis basah digunakan untuk menyedut kotoran kering dan cecair.
    2. Mesin Pemampat Udara digunakan untuk proses pembersihan secara semburan tekanan udara tinggi
Menyusun Atur
  • Guna alat mengikut kegunaannya.
  • Simpan alat di tempat yang betul.
  • Menilai Diri dan Tempat Kerja.
  • Pencahayaan yang cukup.
  • Peredaran udara yang baik.
  • Lantai kering dan tak berminyak.
  • Mendisiplin.
  • Mematuhi peraturan keselamatan bengkel, alatan dan keselamatan diri.
Menilai Diri dan Tempat Kerja
  • Pencahayaan yang cukup.
  • Peredaran udara yang baik.
  • Lantai kering dan tidak berminyak.
Mendisiplin
  • Mematuhi peraturan dan keselamatan bengkel, alatan dan keselamatan diri.

Organisasi Bengkel dan Keselamatan


Pengurusan Organisasi dan Bengkel Keselamatan
  1. Organisasi bengkel adalah sistem pengurusan bengkel berasaskan kerjasama guru dengan murid.
  2. Murid menjalankan tugas secara berkumpulan,bergilir-gilir, mengikut etika dan bersistematik.
Struktur Organisasi Bengkel
  1. Diketuai oleh seorang formen dan dibantu oleh seorang penolong formen bagi setiap kelas.

Apa itu Kemahiran Hidup?

Kemahiran Hidup adalah satu mata pelajaran yang terkandung di dalam kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Ianya dirancang untuk membolehkan murid-murid menggunakan pelbagai alat dan bahan melalui berbagai kaedah dan teknik bagi menghasilkan sesuatu (projek) yang dirancangkan.


Pengalaman yang diperolehi menjadikan murid lebih berkeyakinan, celik teknologi dan sentiasa bersedia seandainya keadaan memerlukan mereka melakukan sesuatu untuk kehidupan tanpa bergantung kepada individu lain. P&P dalam kemahiran hidup membolehkan murid-murid mengendalikan pelbagai alat tangan dan bahan.


Mata pelajaran Kemahiran Hidup bertujuan untuk membina dan membentuk sebuah masyarakat yang berorientasikan teknologi selaras dengan hasrat negara dan perkembangan industri elektronik yang pesat berkembang di negara kita. Secara tidak langsung akan menimbulkan keinginan dan minat murid terhadap teknologi dalam kehidupan.

Sunday 19 February 2012

Selamat Datang Ke Blog KH SKPP18(1)...

Saya mewakili Ketua panitia KH SKPP18(1) dan seluruh warga Sekolah Kebangsaan Putrajaya presint 18(1), mengucapkan selamat datang ke blog Panitia KH SKPP18(1) kepada semua para blogger tidak kira siapa jua anda..